Mungkin anda dah bersedia untuk mulakan pelaburan hartanah. Dah pergi kelas hartanah, dah masuk seminar, dah join webinar, dah belajar ciri-ciri rumah pelaburan terbaik.

Berikut adalah beberapa tips saya kongsikan di sini, sebenarnya peringatan untuk diri sendiri juga. Jangan beli rumah pelaburan kalau...

1. Belum cukup simpanan 15% dari harga rumah yang nak dibeli

Selalu sifu hartanah akan ajar cara macam mana nak beli hartanah tanpa modal, atau dengan modal yang minima.

Ini disebabkan ramai yang nak mulakan pelaburan hartanah tapi tak cukup duit deposit. Ye lah, kalau rumah RM100,000 pun deposit kena ready RM10,000.

Tak senang nak kumpul modal RM10,000 lagi-lagi bagi yang baru beberapa tahun bekerja, atau yang baru berumahtangga.

Bagi yang belum mempunyai wang simpanan sebanyak 15% dari harga rumah yang nak dibeli, tahan dulu niat untuk melabur hartanah.

Itu maksudnya anda belum bersedia dari segi modal.

2. ROI/rental yield kurang

  • 8% kalau sewa sesebuah
  • 10% kalau sewa per bilik
  • 15% kalau sewa per kepala

Ini angka mudah untuk target ROI yang baik. Sekiranya hartanah yang anda jumpa tidak dapatkan memberikan pulangan ROI sebegini, jangan teruskan pembelian. Tak berbaloi dengan pelaburan sumber wang, masa dan tenaga.

Teruskan mencari hartanah yang boleh hasilkan ROI macam ni. Pasaran lelong boleh dapat, pasaran subsale agak susah tapi boleh dapat juga.

Berkawan dengan ejen hartanah yang aktif di kawasan target anda. Maklum pada mereka ciri-ciri rumah yang anda cari. Mereka pasti akan bantu dapatkan hartanah yang anda mahukan.

3. Kurang dari 10% below market value

Seperti biasa, WAJIB dapatkan hartanah di bawah nilai pasaran. Ini teknik pelabur hartanah jana keuntungan seawal pembelian.

Dapatkan sekurang-kurangnya 10% bawah nilai pasaran. Kalau dapat 20% - 30% lagi bagus.

4. Belum berjaya menyimpan setiap bulan selama 6 bulan amaun bayaran bulanan rumah yang nak dibeli

Biasakan menyimpan amaun yang anda bajet untuk bayaran bulanan rumah pelaburan yang anda target. Cuba amalkan selama 6 bulan berturut-turut.

Selain dapat biasakan diri dengan hidup tanpa amaun tersebut, anda juga dapat tambahkan jumlah simpanan secara konsisten.

Di samping itu juga, profail kewangan anda akan kelihatan lebih kukuh di mata bank.

5. Akan bleeding dan negative cash flow

Jika anda jenis yang boleh termakan kata-kata manis ejen atau jurujual, berhati-hati.

Biasanya untuk hartanah undercon, di mana anda akan tertarik dengan tawaran mudah milik dari pemaju.

Tak perlu deposit, tak perlu keluar modal, hanya dengan bayaran booking serendah RM500 anda dah boleh miliki rumah pelaburan.

Kebanyakan hartanah undercon amat bahaya untuk dibeli sebagai rumah pelaburan kerana harga dah memang mahal dan anda tidak tahu kadar sewa sebenar.

99% anda akan dapat negative cash flow, bleeding setiap bulan. Jangan percaya bulat-bulat kata-kata jurujual. Anda harus mengkaji dan menilai sendiri.

Guna ilmu yang anda belajar dari kelas-kelas hartanah dan buat kajian sendiri, bukan ikut cakap orang.

6. Tempat tinggal/tempat kerja jauh dari rumah yang nak dibeli

Bagi hartanah pelaburan pertama, ia adalah pengalaman pertama anda mengurus rumah sewa dan penyewa.

Jika hartanah anda jauh dari tempat tinggal atau tempat kerja anda, berkemungkinan besar anda akan hadapi 'burn out' untuk menguruskan rumah sewa.

Bayangkan anda tinggal dan bekerja di Puchong tetapi rumah sewa anda di Damansara. Nak bawa prospek 'viewing' rumah pun makan masa perjalanan 30 minit kalau tak jem.

Kalau prospek tak setuju untuk menyewa rumah anda, anda kena ulang semula proses viewing sehingga anda dapat penyewa.

Rugi tenaga, masa dan wang. Lama-lama anda akan burn out dan demotivated untuk teruskan pelaburan hartanah.

7. Belum tahu siapa target market

Sebelum anda beli rumah pelaburan, anda kena tahu siapa bakal penyewa anda. Ini kerana anda kena dapatkan rumah sewa yang penyewa suka.

Sebagai contoh, pasangan baru berkahwin mungkin mahukan rumah di kawasan selamat. Bajet sekian-sekian, apartment kos sederhana, nak ada kemudahan pasaraya dan sebagainya.

Kalau bujang pula, mungkin tak kisah dengan persekitaran, tak kisah rumah kos rendah asalkan kena dengan bajet.

Bagi yang bekeluarga dan mempunyai anak kecil, kena ada taska berdekatan, mungkin perlukan dua parking, kawasan persekitaran yang selamat, mungkin nak ada taman permainan.

Kalau anda tak pasti lagi siapa target market anda, mula berfikir. Pastikan anda tahu anda nak serve market demografi mana satu.

8. Belum test market permintaan sewaan

Nak tahu sesuatu hartanah atau kawasan itu berpotensi untuk dapat keuntungan pelaburan atau tidak, kenalah buat eksperimen.

Jangan nanti dah beli rumah, tapi tak ada yang nak sewa. Parah berdarah, bleeding setiap bulan.

Jangan guna teknik 'agak-agak' atau 'harap-harap' akan ada penyewa.

Kena buat market testing dulu. Buat iklan 'dummy'. Cuba iklankan 'hartanah dummy' anda yang belum wujud tu, tengok respon permintaan.

Iklankan di Facebook Group komuniti kawasan perumahan tersebut. Letak ayat simple yang dah diajar dalam artikel ni.

Kalau semua point di atas dah lulus, bermaksud anda dah betul-betul bersedia untuk memulakan pelaburan hartanah dengan potensi pulangan yang optimum.


This free site is ad-supported. Learn more