theintrovertrealtor posted: " Kenali Introvert Mungkin ramai yang dah pernah dengar perkataan Introvert, maksud Introvert, siapa Introvert, apa ciri-ciri Introvert, dan kemungkinan besar anda yang selalu mencari makna Introvert ni juga merupakan seorang Introvert. Ramai yan"
Mungkin ramai yang dah pernah dengar perkataan Introvert, maksud Introvert, siapa Introvert, apa ciri-ciri Introvert, dan kemungkinan besar anda yang selalu mencari makna Introvert ni juga merupakan seorang Introvert.
Ramai yang kata Introvert ni anti-sosial, pemalu, pendiam dan suka bersendirian; tapi sebenarnya Introvert bukanlah seorang yang anti-sosial. Introvert juga bersosial, dengan cara sendiri melalui sosial media (sosial lah tu kan), dan bersosial sesama kenalan rapat.
They aren't big conversationalists since they prefer to listen and avoid small talk.
Introvert kurang selesa untuk memulakan bicara atau doing small talks, tanya sepatah jawab sepatah, banyak berangan dan berimaginasi, sangat efisien dalam melakukan pekerjaan, rela mengikut dari meneraju (pinjam ayat Malique).
4 Jenis Introvert
Antara artikel Bahasa Melayu yang paling best dan komprehensif tentang Introvert ni ditulis oleh Tuan Aiman, psikologis dan pengkaji minda manusia.
#CopyPasteTanpaIzinTapiDenganKredit
Sebenarnya ada 4 jenis Introvert, dan semuanya mempunyai karakteristik yang unik dan tersendiri.
1. Introvert Sosial (Social Introvert)
Golongan ini yang biasa kita dengar mengenai kaum Introvert, iaitu tak suka bergaul dengan orang ramai (maksimum 3-4 orang sahaja), lebih gemar bersendirian dan lain-lain lagi stereotaip Introvert.
Golongan ini bukan pemalu atau pendiam, tetapi memang gemar bersendirian, dan mereka tak ada masalah untuk keluar berjalan berseorangan, pergi mall seorang diri, atau keluar makan tanpa kawan.
Mereka MEMILIH untuk begitu.
2. Introvert Berfikir (Thinking Introvert)
Mereka ini biasanya banyak berfikir, berimaginasi dan menganalisa sesuatu. Mereka lebih seronok menggerakkan idea di pemikiran (thought), berbanding bersuara (voice).
Kekuatan mereka pada idea, penulisan, data dan pemikiran. Idea yang dicerna oleh mereka berlainan daripada kebiasaan, dan seringkali mampu membuat orang lain terpaku/terkelu/sentap.
Pendek kata, mereka ini melihat dunia dengan cara tersendiri, menghadam informasi yang ada dan melahirkannya semula dalam bentuk yang berlainan.
Biasanya, dapat dikenalpasti dengan apabila berseorangan atau dengan orang, mereka banyak diam diri tetapi ekspresi muka terpancar gaya sedang berfikir dan menganalisa.
3. Introvert Gementar (Anxious Introvert)
Mereka inilah golongan Introvert yang kita selalu sebut sebagai pemalu, tak pandai bersosial, pendiam dan sebagainya.
Jangan tertukar dengan Introvert Sosial yang memilih untuk tak bergaul, kerana Introvert Gementar ini sememangnya tak pandai berbicara dengan ramai orang.
Sebab itu buku, filem, TV dll ialah kawan baik mereka.
Namun kehebatan mereka, apabila sudah ada kenalan yang rapat, mereka akan sangat menjaga hubungan tersebut, dan menghargai persahabatan yang dibina.
Mereka fokus pada kualiti, bukan kuantiti.
4. Introvert Tenang (Restrained Introvert)
Iaitu golongan introvert yang selain daripada 3 di atas, dan mereka bersifat 'pasif' dan 'tenang'. Mereka mempunyai kesabaran dan ketenangan yang tinggi.
Setiap tindakan mereka, pasti dimulai dengan berfikir dahulu. Mereka mampu untuk tekan butang pause sebelum membuat sesuatu.
Mereka ini, bukan jenis spontan, kelam-kabut atau "exploding" seperti sesetengah orang Extravert. Mereka lebih seperti batu yang kekal pada tapaknya tanpa beralih.
Golongan keempat ini sangat sesuai menjadi ketua, kerana kematangan mereka dalam setiap tindakan (yang datang dengan berfikir dahulu).
Kalau anda ada beberapa atau kesemua ciri-ciri di atas, pasti ada satu yang lebih dominan berbanding yang lain dan itulah golongan Introvert anda.
Boleh dikatakan kesemua ciri-ciri di atas ada pada saya tapi yang lebih dominan adalah The Thinking Introvert. Saya minat dengan data, nombor, kajian dan analisis, dan harap dapat gunakan kelebihan ini untuk kebaikan bersama.
Dan mungkin atas sebab itu juga saya selalu berbeza pendapat dengan orang kebanyakan, tapi saya percaya dengan rasionalism untuk meraikan setiap pendapat kerana secara asasnya setiap orang berbeza dan perbezaan pendapat itu adalah normal.
Introvert Secara General
1. Introvert Sangat Setia Kawan
Mereka punyai kawan rapat yang sedikit, tetapi sangat menghargai persahabatan itu (bukan bermakna Extravert tak setia, ya?)
2. Introvert Sukar Didekati
Kerana mereka kurang gemar berjumpa orang baru. Tetapi percayalah, apabila anda sudah "clicked" dengan golongan ini, anda akan nampak sisi awesome orang introvert!
3. Introvert Ialah Golongan Pemikir
Kerana mereka lebih gemar mendiamkan diri, menganalisis dunia melalui pemikiran mereka. Kerana sebab ini juga, mereka kadangkala, penulis yang baik atau penganalisis yang cekap.
4. Introvert Boleh Menjadi Ketua Yang Baik
Memahami perasaan orang lain, dan antara ciri-ciri paling mahal yang menjadi mereka ketua yang baik, ialah kemampuan untuk "PAUSE" sebentar, berfikir secara rasional, dan memberi respons terhadap situasi semasa.
Mungkin akan datang saya kupaskan sedikit-sebanyak tentang masalah yang dihadapi oleh golongan Introvert, kelebihan yang ada dalam diri Introvert, and how do we make good use of the Introvertism in us.
An impressive 75 percent of the highly gifted population are introverts
No comments:
Post a Comment